MAC 2024

Projek Sakit Berjaya Diselamat - Uggah


SRI AMAN: Semua kontraktor perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau peraturan keselamatan JKR (Jabatan Kerja Raya) dengan teliti di tapak pembinaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kontraktor perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan semua pekerjanya.

Katanya, apabila seorang bapa pergi bekerja di tapak pembinaan jalan atau jambatan, keluarganya mengharapkan dia pulang ke rumah dengan selamat dan dengan senyuman di wajahnya.

"Jadi adalah penting bahawa semua SOP, peraturan yang telah kita keluarkan dipatuhi sepanjang masa, setiap masa.

“Mungkin ada masa akibat tekanan kerja, kontraktor dan pekerja kita mungkin terlupa. Tetapi ini tidak sepatutnya berlaku. 

“Jadi saya merayu semua kontraktor supaya serius mengenai perkara ini," katanya pada majlis perhimpunan untuk meraikan Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan Masa Hilang (LTJ) untuk dua projek di Sri Aman anjuran bersama JKR dan Sri Datai CHM JV Senderian Berhad hari ini.

Projek-projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya dari Sebuyau ke Lingga dan Jambatan Lingga dan jalan pendekatan.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) menambah soal keselamatan sangat penting kerana terdapat tidak kurang daripada 100 tapak pembinaan untuk projek kerajaan.

Malah katanya MIPD sedang menyelamatkan banyak projek yang sebelum ini dikategori sakit.